Oleh
Mohammad Ishak
JERTIH: “Saya
tergamam melihat tubuh anak dipenuhi najis ketika menemuinya terapung dalam
tangki itu,” kata Mohd Husni Mat Hussin, 32, bapa kepada kanak-kanak berusia
tiga tahun yang maut selepas terjatuh dalam tangki najis di kuarters Klinik
Kesihatan Jabi, Kampung Gong Penaga, di sini, kelmarin.
Sebelum
kejadian, mangsa, Nur Ammar Adlyn bermain basikal seorang diri di kawasan itu
yang terletak 50 meter dari rumahnya di kuarters itu, sebelum terjatuh ke dalam
tangki najis yang tidak ditutup dengan sempurna, kira-kira jam 5.30 petang.
Mohd Husni
berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu apabila dimaklumkan seorang jiran
yang ternampak dari jauh arwah terjatuh ke dalam tangki berkenaan ketika bermain
basikal di situ. “Sebaik diberitahu, saya bergegas ke tempat kejadian dan tergamam melihat arwah
terapung di dalam tangki itu dengan badan dipenuhi najis.
“Saya segera mengangkatnya keluar dari tangki itu sebelum membawa ke klinik
kesihatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya yang masih diselubungi kesedihan
ketika ditemui di rumahnya di kuarters Klinik Kesihatan Jabi, di sini, semalam.
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment