Friday 18 May 2012

DIRANG DIBAKAR: Pesalah HANYA dihukum 1 BULAN PENJARA





JOHOR BAHARU — Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan seorang kanak-kanak perempuan di kawasan rumahnya, di Flet Seri Delima, Jalan Suria, Bandar Seri Alam, di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lelaki dan wanita berumur 36 hingga 40 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit, Nurul Nadirah Abdullah, 5, pada hari yang sama.

"Ketiga-tiga mereka direman sehingga esok bagi membantu siasatan dan polis kini sedang berusaha mengesan kanak-kanak itu,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, setakat ini polis sudah melakukan pemeriksaan di 20 lokasi sekitar daerah ini bagi mengesan kanak-kanak itu namun masih belum menemuinya dan mengklasifikasikan kes itu sebagai orang hilang.

Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dira disedari hilang oleh keluarganya selepas kanak-kanak itu keluar membeli mi segera kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan flet berkenaan.


Dia yang membawa RM4 bersama sekeping nota bertulis mi segera dan telur RM2 ke kedai di blok bersebelahan didapati tidak pulang selepas kira-kira setengah jam keluar dari rumah
Sources:  BERNAMA 

No comments:

Post a Comment