oleh Amirullah Andi Nur
KUALA LUMPUR: “Kami
sekeluarga sangat risau dengan kesihatan Kak Ngah kerana dia perlu memakan ubat
setiap hari. Kalau terlepas sehari, dia mungkin berdepan risiko besar untuk
mendapat penyakit lebih serius. Nurin Jazlin, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan
hilang ketika dikatakan dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya
pada kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu. Kehilangannya yang genap seminggu semalam masih terus menjadi misteri dan
setakat ini tiada sebarang petunjuk baru dia akan ditemui semula.
“Kami sekeluarga berharap sesiapa mempunyai maklumat mengenai kedudukan Kah
Ngah, agar dapat menghubungi kami segera. Anak kami sangat memerlukan ubat
untuk penyakitnya itu,” katanya. Jazimin sebelum itu menerima kunjungan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dan isteri, Datin Shazarina Shamsudin di
kediamannya di D10, Seksyen 1, Wangsa Maju, tengah hari semalam.
Norazian Bistaman, 35, isteri Jazimin adalah adik ipar kepada Zulkifli Osman
iaitu adik Zainal Abidin. Difahamkan, banyak maklumat diterima daripada orang ramai kononnya mengetahui
kedudukan kanak-kanak itu sejak laporan mengenainya didedahkan media pada 22
Ogos lalu, namun tidak berasas. Selain polis, usaha mencari anak kedua pasangan itu dilakukan dengan bantuan
pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat dan Pemuda Umno tetapi masih buntu
sehingga semalam.
Usaha mencari turut dilakukan dengan bantuan media serta edaran risalah yang
memaparkan gambar Nurin Jazlin. Nombor talian keluarga ini turut disiarkan
iaitu 019-3667067 dan 013-2486651.
Jazimin berkata, sehingga kini keluarganya masih tidak dapat mengenal pasti punca
anak mereka itu hilang biar pun ada dakwaan ia dilarikan orang tidak dikenali
selepas menjadi mangsa pukau. “Kami sekeluarga kini benar-benar pasrah kerana hampir semua ikhtiar sudah
dilakukan, namun Kak Ngah tidak juga ditemui. Ada yang kata dia dibawa ke Hutan
Melintang, Perak tetapi apabila kami ke sana dia tidak ada.
“Terbaru kelmarin ada panggilan memberitahu, anak kami berada di Tasik Sri
Rampai tapi apabila kami ke sana, tidak ada langsung kelibat Kak Ngah. Polis
juga memaklumkan, anak kami itu belum ditemui,” katanya.
-Berita Harian
No comments:
Post a Comment